Nuansatika Karyaku

…

Monday, February 7, 2011

Aku rasa lelah sangat...!!!

Hari ni aku rasa penat, layu, dan dan2 lak kena demam panas pd tengahari tadi..memang pressure aku hari ni...dan pd hari ni gak aku telah buat suatu perbincangan dengan si dia (E)...dia byk memberikan aku nasihat dan dorongan utk aku terus bersemangat dalam hidup ni...Sebenarnya aku dan meeka berdua sudah acap kali telah buat sesi briefing utk bincangkn tentang hal2 kami bertiga (aku, E dan S)...Aku tahu, aku telah buat satu kesilapan yg membuatkan mereka berdua tak percayai mana2 lelaki sekarang ni..

Jadi, aku simpan saja rasa yang terpendam ni, yang sentiasa membara dengan api kemarahan, kekeliruan, kepalsuan dan kesedihan yang sedang aku kini menanggung sendiri..

Setiap hari , tiap ketika, tiap saat, aku tanggung kesakitan aku yang tak tau bila akan berakhir..aku rasa diri aku makin dekat dengan tuhan, tapi semakin aku mendekati tuhan, semakin keadaan aku makin teruk, dengan pelbagai kepedihan, kini diri aku tabah mengharungi hari2 yang mendatang dengan rasa syukur kepadaNya, walaupun aku tahu bila2 masa saja tuhan akan ambil nyawa aku nanti...

Kepada orang2 yang aku cintai, sayangi, aku mohon beribu3 kemaafan sekiranya selama tempoh aku kenali diri korang, tak kira dalam tingkah laku secara langsung ataupun tak, sudah terlalu banyak dah aku menyakiti hati dan perasaan korang selama ni...

Luv.

Sunday, February 6, 2011

 
 
* Lirik lagu ni aku dah cipta pada beberapa bulan lepas tika aku dalam persimpangan hakiki...samada mahu aku teruskan dilema ni atau x..Bait2 ni juga aku tujukan kepada insan2 yang pernah hadir dalam hidup aku selama ni..Kamulah permata dan penawar, dan kamu jualah racun dalam duri perhubungan kita (harap kamu teliti betul2 maksud yang tersurat dan tersirat maksud pada setiap bait2 ni...)...
Ya Allah..bantulah hambaMu yang serba lemah ni, Kau tunjukkanlah petunjukMu agar aku dapat teruskan hidup ni walaupun ada diantara mereka yang pernah aku sakiti dulu, aku bukanlah yang sempurna dimata semua orang. Maafkanlah aku.
LAVENDER CINTAKU 
by : Syammir Abdul Hadi (Jiey)

(Intro)

Waktuku  sepi tak berteman,
ingati waktu kita dahulu.
Penuh kenangan suka duka,
dan pahit manis kita bersama.


(Verse 1)


Engkau yang jelita,
dan sentiasa anggun ayu.
Engkaulah pilihan terbaik,
bagi yang menagih nafsumu.


(Prechorus)


Aku sedar diri ini,
engkau rebutan sang kumbang.
Selalu ia terbang melata,
tunggu masa menyengat madumu.


(Chorus)


Wangi baumu jadi pilihan,
redup matamu begitu mempersona.
Engkaulah pilihan terbaik,
bagi yang menagih cintamu.


(Verse 2)


Bila situasi jadi begini,
mulai pudar cinta kita.
Tak relaku biarmu pergi,
setelah isi hatimu berbicara.


(Bridge)

Oh kasih...ku ingati detik itu,
tamat sudah cinta ini.
Harap kita kan mengerti,
engkaulah lavender cintaku.

Jiey®2010. All Right Reserved.
...kepada orang yg aku cintai, aku bukan sengaja buat keputusan yg drastik tu..kerna aku amat9 mencintai kamu dan dari sebab itulah aku terpaksa berbuat keputusan ini demi kebaikan kamu...Tolong maafkan aku sayang.
Luv...

Friday, February 4, 2011

Pengenalanku...Dunia Luar...

Assalammualaikum...Alhamdulillah dan syukur ke hadhrat Allah S.W.T atas segala bentuk pintu rezeki yang sentiasa terbuka luas untuk kita terokai, malapetaka dan ajal maut dariNya...hello, nama aku Syammir Abdul Hadi..keluarga, sanak-saudara serta teman-temanku panggil aku sebagai, Amir, Jiey (Jay), Alang..Umur aku sekarang ni dalam 20+ keatas, dan aku lahir, membesar serta berasal dari Klang, Selangor Darul Ehsan. Aku ni jenis yang suka berkawan dengan sesiapa saja, open minded person, loyalty dan jujur..tapi awas kalau aku tahu ada orang tikam belakang aku, nahas sampai lubang cacing aku cari orang tu..erhhmm..Kalau anda semua nak tahu, aku ni suka xtvt yang adventerous and realistic. Dan kata-kata orang2 dahulu yang suka aku dengar ialah, '' cinta biar satu, kasih biar bersepah...'', " bila tarik sehelai rambut dalam tepung, biar jangan berselerak diluar, sendiri buat, sendiri tanggung maa!!!" ~ hahahahahaha.....tapi memang betul dengan situasi aku sekarang ni..Kalau nak ikutkan pengalaman aku selama hidup ni, x mungkin disini aku boleh rungkaikan kesemua jalan cerita suka, duka, pahit manis yang telah lalui...So, mahu dipendekkan cerita, setiap orang ada kenangan @ pengalaman masing-masing, x kira secara naratif, spontan ataupun realiti.. Ini aku ada suatu soalan pada anda semua, apakah yang anda fikirkan dalam diri bahawa teman wanita / tunang perempuan / isteri anda mungkin berminat / cenderung suka @ ada feel kepada lelaki dan perempuan (biseksual) serentak, pada waktu yang sama..?? adakah anda akan minta kepada dia kata putus sejujurnya yang muktamad, atau tunggu sesuatu malapetaka akan menimpa salah seorang daripada kita, baru dia akan memberitahu kepada anda...?

Disini ada sepotong lirik lagu popular dari boyband dari Asia Timur Jauh...kalau anda perasan sekarang ni, ada maksud tersurat dan tersirat disebalik maksud setiap bait-bait lirik tersebut :


"...Ok, I will turn around I will let you go nicely like a man. I will be standing silently like a dead man far behind you. Without bothering you..You will never know...Far away so that you can forget me completely..But you better know that I’m not giving you away. Will I ever stop waiting no way..I let you go for a moment,  I know you’ll... ...be back. So I let you go..I know that you cannot live without me..."
 
Jadi...kesimpulannya, setiap orang dimuka bumi ni ada perbalahan @ konflik @ persengketaan dalam hubungan percintaan, dan ingatlah, pengorbanan perlu ada dalam setiap sisi kehidupan masing-masing, agar hidup ni penuh bermakna untuk dirungkaikan secara universal...

Dari itu, anda boleh memanggil aku sebagai, Amir, Jiey (Jay), Alang, ingin belajar segala apa erti kehidupan didunia ini bersama-sama anda diluar sana...Terima Kasih.


*** korang, lepas dah baca , jangan lupa LIKE tau..au au au...


Find more music like this on 4shared.com

* Please buy this original song to get the original full compilation albums. Terms & Condition apply. Thank You.

Steelheart - She's Gone